Anda di sini

Lebih 60 terlibat bersihkan perkuburan Wales Islamiah

Advertisement
PESERTA menjalankan aktivti memungut sampah di kawasan perkuburan.
PESERTA menjalankan aktivti memungut sampah di kawasan perkuburan.

TAWAU: Lebih 60 orang daripada 15 agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan perseorangan telah melaksanakan aktiviti membersihkan Tanah Perkuburan Islam Wales Islamiah di sini.

Aktiviti yang dianjurkan oleh Tawau Trash Buster Squad dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) itu dibuat untuk memupuk masyarakat cintakan kebersihan dan mahu menjadikan daerah ini sifar sampah selain menyahut seruan kerajaan supaya menjadikan Tawau sebagai daerah pelancongan.

Ketua program Mohd Azlan Sapaw Abdullah berkata aktiviti itu dibuat untuk memberi peluang kepada semua NGO bersama-sama pihak kerajaan dalam membuat kebajikan.

"Pada kali ini kita berjaya menggumpulkan beberapa NGO dan agensi kerajaan bersama membuat amal kebajikan di tanah perkuburan ini," katanya.

Beliau berharap aktiviti itu dapat membuka mata semua pihak terutamanya masyarakat daerah ini untuk menjaga kebersihan di tempat awam.

"Aktiviti ini dilihat dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya mengambil berat mengenai kebersihan di tempat awam serta bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan," katanya.

Menurutnya, aktiviti itu berjalan dengan jayanya kerana semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung memberikan kerjasama yang padu.

"Kita bersyukur semua yang terlibat memberikan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi daripada pihak Majlis Perbandaran Tawau sendiri yang menyediakan lori dan kakitangannya.

ANTARA yang terlibat dalam aktiviti gotong royong.
ANTARA yang terlibat dalam aktiviti gotong royong.

"Pertubuhan NGO dan perseorangan yang terlibat juga banyak memberikan sumbangan dalam bentuk makanan, minuman, peralatan dan wang ringgit," katanya.

Azlan berkata, kumpulan itu juga banyak terlibat dalam memberikan khidmat sosial membersihkan pesisiran Traulsen, tempat-tempat perhentian bas dan pendakian.

Antara agensi dan kumpulan lain yang terlibat ialah Kastam, MAS, Perkalas, Anak Seni Tawau (Aset), Saga Lifestyles, TBS, Skuad AADK, Bernas, MyTawau, R.S.T.FC, PTPTH Tawau, BIEMIE dan CFU Teekking Team.

  • oleh
  • Advertisement