Anda di sini

Dua ahli parlimen Sarawak bersama Anwar selepas tandatangani kenyataan pro-Azmin

Advertisement
Anwar turut diapit oleh Ali (tiga kiri) dan Willie (tiga kanan) semasa sidang media di Parlimen hari ini. - Gambar Malaysiakini
Anwar turut diapit oleh Ali (tiga kiri) dan Willie (tiga kanan) semasa sidang media di Parlimen hari ini. - Gambar Malaysiakini

KUCHING:  Dua ahli parlimen PKR Sarawak yang sebelum ini menandatangani kenyataan bersama pro-Azmin yang sekali gus membidas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim tampil bersama presiden itu pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Memetik portal berita Malaysiakini, kedua-duanya, Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin malahan turut mengapit Anwar pada sidang media terbabit.

Menurut Anwar, kandungan kenyataan bersama itu tidak mencabar kredibiliti beliau sebagai presiden parti.

Sementara itu, Ali yang juga naib presiden PKR turut bersetuju dengan kenyataan terbabit.

"Ia adalah satu tanda, gesaan untuk menyatukan parti itu. Itu isunya ketika ini, " kata Ali ketika ditanya mengapa beliau menandatangani kenyataan bersama itu.

Kedua-dua Ali dan Willie adalah antara pemimpin kanan PKR Sarawak.

Mereka adalah antara 22 ahli parlimen PKR yang menandatangani kenyataan bersama yang mendesak Anwar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan geseran dalam parti itu.

Ini adalah susulan komen Anwar semalam, yang mencadangkan supaya timbalannya Azmin Ali harus berundur dari politik jika penglibatannya dalam skandal seks itu terbukti benar.

Semua 22 ahli parlimen PKR itu menggesa Anwar untuk tegas menentang "politik murahan" yang digunakan untuk menentang Azmin.

Advertisement