Anda di sini

Aktiviti cetusan minda pupuk jati diri berdaya saing kanak-kanak

Advertisement

LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Dumi Pg Masdal berkata kanak-kanak memerlukan aktiviti cetusan minda, sukan dan rekreasi bagi memupuk jati diri supaya lebih berdaya saing.

Menurutnya, kanak-kanak yang menjadi modal insan yang penting untuk masa depan negara memerlukan rangsangan berkesan itu bermula di peringkat awal.

AYUB menyempurnakan gimik perasmian.
AYUB menyempurnakan gimik perasmian.

"Program dan aktiviti itu merupakan satu bentuk terapi yang berkesan dalam memupuk nilai-nilai positif, kekuatan diri emosi, fizikal, disiplin, semangat belajar seterusnya semangat juang yang tinggi," katanya di majlis perasmian Hari Potensi Tabika / Taska Permata Kemas Peringkat Zon Enam 2019, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan wakilnya Pegawai Daerah Dr Mohd Ayub Yaakob.

Dumi yang juga Adun Lahad Datu menyeru agar program dan aktiviti seumpama itu diteruskan di semua peringkat supaya misi pendidikan negara dicapai.

Beliau juga berharap agar pemilihan peserta yang bakal membawa cabaran ke peringkat lebih tinggi dibentuk dengan jayanya.

Pegawai Kemas Daerah Lahad Datu Mohd Tahir Abdul Rahman ketika berucap memuji dan menghargai peranan yang dilakukan tenaga pengajar Kemas yang menghantar kontinjen mewakili Parlimen Kalabakan, Tawau, Semporna dan Silam dalam program itu.

"Syabas dan tahniah kerana telah membentuk pasukan yang berotensi untuk menyertai program ini.

"Harapan saya, semoga kanak-kanak berpotensi ini akan menjadi lebih cemerlang potensinya untuk saingan peringkat negeri," katanya.

Program peringkat negeri akan diadakan pada 13 hingga 15 Ogos di Papar.

KONTINJEN Kalabakan yang bertanding.
KONTINJEN Kalabakan yang bertanding.

Acara futsal dimenangi pasukan dari Semporna, bola jaring (Tawau), gerak kreatif (Tawau), rounders (Kalabakan), sprint hudlers & relay (Kalabakan), Formula 1 + Vortex Throwing (Semporna) dan Si Cilik Pintar (Semporna).

Anugerah Kanak-kanak Cemerlang (Silam), Anugerah PM Tabika Inovatif BBM (Kalabakan), Anugerah PM Taska Inovatif BBM (Silam), Anugerah PM Tabika Inovatif Multimedia (Silam) dan Anugerah Pintar Botani (Silam).

  • oleh
  • Advertisement