Anda di sini

Pecah masuk: Lelaki tempatan dipenjara tiga tahun

Advertisement

LAHAD DATU: Padah melakukan jenayah pecah masuk pejabat Pergerakan Umno Bahagian Silam dan mencuri laptop, seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Hakim Zaini Fisher@Fisal menjatuhkan hukuman itu ke atas Tan Kah Keong, 22 yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memecah masuk pejabat Pergerakan Umno Bahagian Silam dan mencuri laptop jenama Asus berwarna hitam dan biru pada 2 Julai, kira-kira jam 4 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja membantu melupuskan sebuah laptop jenama Asus berwarna biru di sebuah kedai pada 7 Julai.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit salah boleh dipenjara tujuh tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Hakim menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua penjara satu tahun dijalankan serentak mulai tarikh tangkap.

  • oleh
  • Advertisement