Anda di sini

Pavilion Indonesia tarik minat pengunjung di LABS Labuan

Advertisement
KRISHNA melihat dari dekat proses membuat batik.
KRISHNA melihat dari dekat proses membuat batik.

LABUAN: Sepanjang tiga hari menyertai Pameran Labuan Big Show (LABS), pesta belon udara panas pertama yang diadakan pada 5-7 Julai di Dataran Labuan, pengunjung tidak henti-hentinya berkunjung ke Pavilion Indonesia.

Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu membuka tiga tapak gerai iaitu gerai promosi Indonesia iaitu Pavilion KJRI Kota Kinabalu, Restoran Indonesia Sinar Mustika untuk Festival Makanan dan Restoran Indonesia Indo Recipe Indonesia untuk kategori Food Truck. Antara makanan yang jadi kesukaan ramai ialah ayam penyet, bakso dan tongseng kambing.

Tapak Gerai  Promosi Pavilion Indonesia diisi oleh gerai Informasi KJRI Kota Kinabalu, promosi pariwisata Tarakan dan Derawan, Layangan Pengiriman Wang oleh Bank Rakyat Indonesia (BRI), Teh Botol Sosro, Sekolah Jarak Jauh oleh Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK) dan Workshop Pembuatan Batik oleh Siswi SIKK.

“Banyak yang mencuba bagaimana caranya membatik,” kata Konsul Ekonomi Ibu Rima Diah Pramudyati.
Bahkan, orang ramai di sekitar Labuan banyak berkunjung untuk melihat produk-produk Indonesia seperti Teh Botol Sosro yang mendapat perminaan tinggi.

Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu Krishna Djelani berkata, penyertaan Indonesia dalam program itu adalah satu momen yang tepat dalam mempromosi budaya serta produk Indonesia dalam rangka meningkatkan hubungan dagang antara Malaysia dan Indonesia.

LABS yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan bertujuan mempromosi Labuan sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia.

Antara yang diadakan ialah taman tema mini, pesta makanan, food truck, seni dan kraftangan, Hari Bertemu Pelanggan, program CSR dan pameran Produk Tempatan.

PESERTA dari Indonesia bergambar beramai ramai dalam majlis itu.
PESERTA dari Indonesia bergambar beramai ramai dalam majlis itu.

Penyertaan KJRI Kota Kinabalu dalam LABS amatlah bermanfaat. Tapak gerai pameran Indonesia mendapat sambutan yang ramai.

Keikutsertaan KJRI Kota Kinabaku pada LABS berjaya mempromosi potensi pariwisata, kuliner, budaya dan produk Indonesua kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan serta pengunjung, kata Krishna.

Beliau berkata, KJRI KK bersedia untuk hadir mengadakan pameran di Labuan sekiranya diundang lagi pada masa depan.

  • oleh
  • Advertisement