Anda di sini

Lelaki mengaku tidak salah menipu

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menipu seorang lelaki sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM45,000.

Norhasni Manas didakwa menipu mangsa menyerahkan sebuah kenderaan untuk disewakan kepada perkhidmatan pengangkutan Grab sebanyak RM600 sebulan.

Namun tiada sebarang sewaan Grab dilakukan dan mangsa tidak menerima apa-apa bayaran sehingga menyebabkan mengalami kerugian RM45,000.

Kesalahan dilakukan pada 3 November 2017 di Toyota Capital di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pengurusan kes pada 1 Ogos terhadap tertuduh yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement