Anda di sini

Hasrat dua PTI cari kerja tidak kesampaian

Advertisement
PPM Tawau berjaya menangkap dua PTI yang disyaki baru sahaja mendarat di kawasan Jeti Awam Tawau dari Sg Haji Kuning Pulau Sebatik.
PPM Tawau berjaya menangkap dua PTI yang disyaki baru sahaja mendarat di kawasan Jeti Awam Tawau dari Sg Haji Kuning Pulau Sebatik.

TAWAU: Hasrat dua pendatang tanpa izin (PTI) untuk mencari pekerjaan di negara ini tidak kesampaian apabila ditangkap sebaik mendarat di Jeti Awam Tawau pada Selasa.

Kedua-dua PTI itu dikenal pasti sebagai lelaki warga asing dan berjaya ditangkap anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam Operasi Gelora.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua PTI gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah untuk berada di negara ini.

“Kehadiran mereka dikesan semasa anggota kita menjalankan tugas operasi dengan memberikan fokus di sekitar kawasan kenaikan laut Jeti Awam Tawau,” katanya.

Hasil siasatan awal yang dijalankan, pihaknya mengesyaki kedua-dua PTI baru sahaja mendarat menggunakan bot penambang dari Sg Haji Kuning Pulau Sebatik.

SALAH seorang lagi PTI yang ditahan.
SALAH seorang lagi PTI yang ditahan.

Berikutan itu, tindakan penahanan kedua-dua PTI dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/ 63 dan akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua suspek sudah ditahan dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau,” katanya sambil menegaskan operasi terbabit akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Untuk rekod, sebagai ‘sebuah pulau milik dua negara’ Malaysia-Indonesia, Sebatik termasuk di Sg Haji Kuning antara kawasan transit popular aktiviti keluar-masuk PTI ke Tawau.

  • oleh
  • Advertisement