Anda di sini

Enjin sangkut Suzuki Jepun dan KTS lancar model DF325A

Advertisement
 Lau (duduk, lima kanan) merakamkan kenangan bersama para peserta majlis mesyuarat dan pelancaran DF325A di Port Dickson, baru-baru ini.
TINGKATKAN JUALAN: Lau (duduk, lima kanan) merakamkan kenangan bersama para peserta majlis mesyuarat dan pelancaran DF325A di Port Dickson, baru-baru ini.

SIBU: Enjin sangkut Suzuki Jepun bersama dengan KTS Trading Sdn Bhd dan pihak Suzuki Jepun telah berjaya mengadakan majlis mesyuarat dan pelancaran DF325A selama dua hari pada 1-2 Julai lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sejumlah 70 orang pengedar dan wakil-wakil agensi kerajaan daripada pelbagai jabatan telah menyertai/menghadiri aktiviti ini.

Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan KTS Temenggong Dato Vincent Lau Lee Ming ketika melancarkan produk serta merasmikan majlis itu menegaskan bahawa KTS sangat bangga untuk menawarkan pelbagai jenis enjin sangkut Suzuki kepada pelanggan, pengedar dan rakan kongsi.

Beliau mendedahkan bahawa KTS akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik.

Justeru, ujarnya, KTS memperkenalkan siri yang terbaharu dalam empat lejang enjin sangkut Suzuki iaitu DF325A.

Produk ini mencapai keseimbangan dari kuasa dan pendorongan, menggunakan teknologi yang canggih dan reka bentuk yang moden untuk menyediakan kecekapan penggunaan bahan api dan ketahanan enjin yang boleh dipercayai.

Revolusi sejati dalam kipas - DF325A memiliki sistem prop dual.

RON 91 juga boleh digunakan dalam DF325A.

DF325A dapat mencapai kuasa keluaran sebanyak maksimum 325 kuasa kuda dan juga merupakan model yang pertama melebihi 300 kuasa kuda dalam empat lenjang enjin sangkut Suzuki.

Enjin sangkut ini menyediakan kestabilan dan penggerak yang terbaik untuk pelbagai jenis kapal yang besar.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang enjin sangkut Suzuki boleh menghubungi pengedar Suzuki atau KTS Trading Sdn Bhd atau melayari ke halaman KTS Trading Sdn Bhd (www.ktstrade.com.my).

Advertisement