Anda di sini

Kembara Media MOA mula penjelajahan di Sabah

Advertisement

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, Sabah menjadi destinasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam menganjurkan Program Kembara Media MOA 2019.

Program selama tiga hari itu dijalankan bermula 12 hingga 14 Julai 2019 melibatkan aktiviti penjelajahan di beberapa daerah di negeri ini.

Seramai 60 peserta terdiri daripada Pegawai MOA, Pegawai Perhubungan Awam dari jabatan dan agensi di bawah MOA serta pengamal media.

PESERTA Kembara Media MOA merakamkan kenangan bersama selepas melawat Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang.
PESERTA Kembara Media MOA merakamkan kenangan bersama selepas melawat Desa Cattle Dairy Farm di Kundasang.

MOA dalam kenyataan di sini pada Jumaat menjelaskan, program Kembara Media MOA bertujuan mempromosi dan memberi publisiti secara meluas terhadap industri agro makanan dan pertanian di Sabah.

Pada masa sama, ia turut menjadi medium untuk pra publisiti Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK 2019) dan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub bersama Timbalan Menteri Sim Tze Tzin dan Ketua Setiausaha MOA Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan turut hadir di beberapa lokasi terpilih yang dilawati dalam program ini.

Antara lokasi yang dilawati termasuklah Projek Ternakan Lembu Tenusu di Desa Cattle Dairy Farm Kundasang Ranau, Projek Penanaman Padi di Kampung Tambatuon Kota Belud, Projek Ternakan Kolam Udang Sunlight Inno Seafood di Pitas, Projek Tangkapan Ikan Pari di Kota Marudu, Projek Perladangan Datuk Yap Yun Fook di Keningau, dan Projek Bot Transformasi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Penyu.

  • oleh
  • Advertisement