Anda di sini

‘Friends’ tinggalkan Netflix pada 2020

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan barisan pelakon ‘Friends’, (dari kiri) David Schwimmer, Lisa Kudrow, Mathew Perry, Courtney Cox Arquette, Jennifer Aniston dan Matt LeBlanc, selepas memenangi Komedi Terbaik di Anugerah Emmy ke-54 di Shrine Auditorium, Los Angeles.  Sitkom televisyen popular ‘Friends’ akan dipindahkan pada 2020 dari Netflix Inc ke sebuah servis striming baharu dari WarnerMedia milik AT&T Inc yang dipanggil HBO Max. — Gambar AFP
TINGGALKAN NETFLIX: Gambar fail menunjukkan barisan pelakon ‘Friends’, (dari kiri) David Schwimmer, Lisa Kudrow, Mathew Perry, Courtney Cox Arquette, Jennifer Aniston dan Matt LeBlanc, selepas memenangi Komedi Terbaik di Anugerah Emmy ke-54 di Shrine Auditorium, Los Angeles. Sitkom televisyen popular ‘Friends’ akan dipindahkan pada 2020 dari Netflix Inc ke sebuah servis striming baharu dari WarnerMedia milik AT&T Inc yang dipanggil HBO Max. — Gambar AFP

TAYANGAN semula di Amerika Syarikat bagi sitkom televisyen popular ‘Friends’ akan dipindahkan pada 2020 dari Netflix Inc ke sebuah servis striming baharu dari WarnerMedia milik AT&T Inc yang dipanggil HBO Max, seperti yang diumumkan oleh WarnerMedia baru-baru ini.

Servis itu akan menawarkan lebih 12 filem dan program asal dan dari bintang-bintang termasuk Reese Witherspoon dan Anna Kendrick, selain pengaturcaraan dari rangkaian milik AT&T seperti HBO dan TBS serta filem klasik dari perpustakaan TV dan filem Warner Bros.

HBO Max dijadual dilancarkan pada musim bunga akan datang dengan pengaturcaraan sebanyak 10,000 jam, WarnerMedia menyebut dalam satu kenyataan.

Ia akan bersaing dengan Netflix, servis striming Disney+ milik Walt Disney Co yang akan datang, dan pilihan langganan digital lain dalam usaha syarikat media tradisional untuk menarik penonton dalam talian.

‘Friends’, siri TV hit pada zaman 1990an, merupakan program kedua paling kerap ditonton dalam Netflix di Amerika Syarikat apabila diukur menurut minit striming, menurut data Nielsen bagi 2018.

Program Netflix yang kerap ditonton adalah komedi di tempat kerja ‘The Office’, yang akan beralih daripada Neflix kepada sajian digital yang dirancang oleh NBCUniversal milik Comcast Corp pada 2021.

Netflix, dalam satu komen di Twitter, berkata ia “rasa sedih untuk melihat ‘Friends’ pergi” pada awal 2020.

“Terima kasih di atas memori itu, geng,” kata syarikat tersebut.  

Pengaturcaraan asal di HBO Max akan merangkumi dua filem dari syarikat penerbitan Witherspoon dan empat dari Greg Berlanti, penerbit ‘Riverdale’ di saluran CW.  

Kendrick akan membintangi siri antologi komedi romantik bertajuk ‘Love Life’.

Harga langganan bagi HBO Max masih belum diumumkan. — Reuters

Advertisement