Anda di sini

Rogol kenalan WeChat, remaja diberkas di Padawan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang remaja ditangkap apabila disyaki merogol gadis berusia 15 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat di Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo di Padawan, pada Rabu.

Difahamkan, suspek berusia 17 tahun ditangkap sekitar pukul 2.45 petang di rumah keluarganya susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa pada 8 Julai.

Sumber memberitahu, suspek yang baharu berkenalan dengan mangsa kira-kira tiga hari telah menjemput mangsa pada 24 Jun lalu dari rumah keluarganya di kawasan Padawan sekitar pukul 3 pagi.

“Sejak itu, mangsa tidak dihantar pulang dan dikatakan telah dibawa suspek bersembunyi di rumah saudaranya di Batu 12 serta rumah keluarganya selama beberapa hari.

“Suspek sebelum menghantar mangsa pulang juga dikatakan menghubungi ibu mangsa dan berpura-pura bertanyakan mangsa namun helahnya terbongkar dan ibu mangsa terus meminta bantuan polis untuk menghubungi suspek semula.

“Laporan polis telah dibuat ibu mangsa sebaik sahaja mangsa dihantar pulang (8 Julai),” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

“Maklumat yang diperolehi membawa kepada penangkapan suspek (semalam) dan suspek selain itu turut mengaku ada beberapa kali melakukan hubungan seks dengan mangsa,” katanya.

Suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol gadis bawah umur.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara mandatori dan sebatan,” jelas Aidil.

  • oleh
  • Advertisement