Anda di sini

Dr Jerip umum keluar PSB berkuat kuasa serta merta

Advertisement
DR JERIP - Gambar fail 

KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil mengumumkan keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu disahkan menerusi surat rasmi peletakan jawatannya dari parti tersebut yang bertarikh 10 Julai 2019.

Dr Jerip yang merupakan Timbalan Presiden PSB dalam surat berkenaan dipetik berkata, ia adalah keputusannya selepas mengambil pandangan dan nasihat penyokong termasuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

"Saya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong hari ini memutuskan bahawa saya keluar dari PSB berkuat kuasa serta merta.

"Ia adalah keputusan yang amat sukar bagi saya. Tetapi ia harus dilakukan kerana saya sedar dan yakin sepenuhnya bahawa hanya Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai visi, komitmen dan program yang membawa pembangunan dan kemajuan yang lebih baik kepada penduduk luar bandar," katanya.

Tegas Dr Jerip, keputusannya itu adalah bagi kepentingan masyarakat Bidayuh ke arah perpaduan dan kesatuan yang lebih utuh.

  • oleh
  • Advertisement