Anda di sini

PPM, Jabatan Perikanan periksa 21 meja penjual ikan

Advertisement

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan terhadap 21 meja penjual ikan di pasar pangkalan Pemasaran Perikanan Sabah (Safma) di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata operasi dijalankan selepas pihaknya mendapat aduan awam di kawasan terbabit.

PEGAWAI Perikanan serta PPM menjalankan pemeriksaan secara terperinci pada ikan yang dijual di pasar Safma.
PEGAWAI Perikanan serta PPM menjalankan pemeriksaan secara terperinci pada ikan yang dijual di pasar Safma.

“Operasi memberi tumpuan kepada peniaga yang menjual ikan dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan.

“Ini penting bagi menyekat rantaian penjualan serta permintaan terhadap ikan bom di sekitar pasar Safma,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pihak PPM dapat mengesan serta menyekat rantaian penjualan ikan bom maka pihak nelayan tidak dapat menjual ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan di pasaran.

Tambahnya situasi itu juga dipercayai faktor yang boleh membendung aktiviti bom ikan pada peringkat awal.

“Sepanjang operasi dijalankan kita berjaya memeriksa sejumlah 21 meja jualan dengan pemeriksaan secara terperinci bagi mengenal pasti ikan yang dibom dijual kepada orang awam.

SUASANA di Pasar Safma semasa operasi pemeriksaan dijalankan.
SUASANA di Pasar Safma semasa operasi pemeriksaan dijalankan.

“Peniaga ikan seharusnya berniaga secara jujur dan hendaklah mengetahui sumber ikan diperoleh agar pembeli dapat menikmati hasil laut yang segar dan tidak tercemar.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penjualan ikan dipercayai dibom segeralah menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement