Anda di sini

Perkembangan terkini EU diharap beri kesan positif sawit negara

Advertisement
SHAMSUL Iskandar diberi penerangan operasi daripada kakitangan syarikat.
SHAMSUL Iskandar diberi penerangan operasi daripada kakitangan syarikat.

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perkembangan pilihan raya Kesatuan Eropah (EU) diharap dapat memberi impak positif kepada kempen anti minyak sawit negara.

Menurutnya, strategi di Eropah tentunya sedikit berbeza kesan pilihanraya yang baru sahaja selesai.

Berikutan itu, katanya, EU akan berhadapan pembuat dasar parlimen baharu.

"Kementerian akan melihat semula apa yang telah kita lakukan selama ini dan beberapa misi ke Eropah itu.

"Kita akan melakukan hubungan yang berterusan dengan EU dan negara pembeli sawit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke kilang Gamilux Oils Sdn Bhd, di sini pada Isnin.

Menurutnya, langkah kerajaan yang sedang giat menggalakkan pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan dapat meningkatkan standart yang tinggi seterusnya mendorong keyakinan pembeli sawit negara.

Dalam ucapan, beliau berbangga dengan perkembangan dan prestasi Gamilux Oil Sdn Bhd kerana menjadi syarikat yang pertama di Malaysia, bahkan barangkali yang pertama di dunia kerana memiliki kilang yang mampu memproses Palm Acid Oil.

"Gamalux Oils semenjak tahun 2015 telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Malaysia, khususnya di Lahad Datu, Sabah.

"Dengan terletaknya kilang Gamalux Oils di sini, seramai 200 warga tempatan telah mendapat peluang pekerjaan termasuk peluang perniagaan bersama dengan pengedar, pengangkut dan juga pelabuhan tempatan telah diwujudkan yang secara langsung ataupun tidak langsung, sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi tempatan," katanya.

Produk-produk keluaran Gamalux Oils seperti Palm Oil Mill Effluent, Spent Bleaching Earth Oil, Refined Oil dan lain-lain, kini telah mampu dipasarkan ke seluruh dunia termasuklah ke China, Jepun, India, Ireland dan Eropah.

Ia boleh dibuktikan dengan statistik eksport Gamalux Oils pada tahun 2018 sebanyak 33,582 metrik tan.

Untuk menambah keupayaan yang sedia ada, Gamalux Oils kini sedang melakukan penambahan saiz di Refinery Plant untuk menambah daya proses kilang seterusnya meningkatkan jumlah keluaran produk-produknya.

Shamsul Iskandar seterusnya mengucapkan tahniah kepada Gamilux Oil Sdn Bhd terutama kepada Pengarah Urusan Usman Ahmed yang telah memenangi Anugerah Emerging CEO of The Year di majlis Sabah Top Achievers Award 2019.

Selain itu, syarikat juga berjaya memenangi anugerah melalui kategori Industry Excellence in Palm Oil Extraction pada majlis yang sama.

  • oleh
  • Advertisement