Anda di sini

58 ditahan dalam 24 serbuan, rampas dadah bernilai RM190,000

Advertisement
ANTARA suspek yang ditangkap dalam operasi di salah satu lokasi serbuan.
ANTARA suspek yang ditangkap dalam operasi di salah satu lokasi serbuan.

KOTA KINABALU: Dadah seberat 1,521.75 gram jenis syabu yang bernilai hampir RM190,000 berjaya dirampas dalam operasi melibatkan sebanyak 24 serbuan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai 58 suspek termasuk 46 warga tempatan dan 12 warga asing ditahan sepanjang Ops Tapis dan Ops Sarang bermula 29 Jun hingga 5 Julai lepas.

Katanya, serbuan dijalankan di lokasi tumpuan aktiviti penyalahgunaan dadah sekitar bandaraya antaranya Kampung Warisan, Kampung Lembaga Padi, Kampung Kalansanan, Kampung Sembulan Lama dan Pekan Inanam.

"Serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Kinabalu berdasarkan risikan pegawai dan anggota polis selain maklumat daripada orang awam.

"Kesemua tangkapan yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 62 tahun disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), dan Seksyen 1591) (A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah sentiasa diperhebat dari semasa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.
 

  • oleh
  • Advertisement