Anda di sini

Sambutan Kaamatan Raya AirAsia Media erat silaturahim

Advertisement
HAMDAN (tengah) merakam gambar kenangan bersama pengamal media dan wakil dari AirAsia Malaysia.
HAMDAN (tengah) merakam gambar kenangan bersama pengamal media dan wakil dari AirAsia Malaysia.

KOTA KINABALU: Lebih seratus pengamal media di negeri ini menghadiri Sambutan Kaamatan-Raya AirAsia bersama Media di sini pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakan media di Sabah di atas sokongan berterusan kepada syarikat penerbangan itu.

"Semua kecemerlangan dan kejayaan yang kami nikmati hari ini, termasuk memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia yang kesebelas berturut-turut di Skytrax, tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada anda (media di Sabah).

"Adalah menjadi harapan kami agar rakan media akan terus menyokong kami dalam usaha dan inisiatif kami untuk menjadi sebuah syarikat pernerbangan berteknologi," katanya dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ketua Komunikasi Kerajaan AirAsia Malaysia Hamdan Mohamad.

Acara itu dihadiri oleh para pengamal media dari agensi berita nasional dan tempatan, portal berita, radio, televisyen dan sebagainya.

Pada majlis itu, lima pengamal media bertuah memenangi tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Singapura dan China.

  • oleh
  • Advertisement