Anda di sini

Abdullah manfaatkan sepenuhnya sambutan Gawai dan Aidilfitri untuk dekati penduduk

Advertisement
 

PERAYAAN Gawai dan Aidilfitri yang disambut hampir serentak pada tahun ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop memanfaatkannya untuk beramah-tamah dengan penduduk di kawasannya yang majoritinya Iban, Melayu dan Melanau.

Bukan sekadar ramah-tamah tetapi turut bertanyakan masalah penduduk dan cuba mencari penyelesaian.

 

Bermula 13 Jun, Program Gawai-Raya N.42 Semop berakhir pada 24 Jun yang merangkumi seluruh kawasan N.42 Semop.

Majlis di 24 lokasi itu turut disertai isterinya, Nora Syikin Ibrahim dan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab.

  • oleh
  • Advertisement