Anda di sini

Pemandu maut, tiga penumpang parah, kenderaan dinaiki terbabas sendiri

Advertisement
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki keempat-empat mangsa dalam kejadian itu.
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki keempat-empat mangsa dalam kejadian itu.

BELURAN: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda maut, manakala tiga penumpang cedera parah setelah kenderaan dinaiki mereka terbabas sendiri di jalan Beluran-Telupid, di sini pagi tadi (Ahad).

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pemandu terbabit dikenali sebagai Jayacelan A/L R.Manickam, 50, dipercayai mabuk ketika memandu dan sampel darah telah diambil bagi tujuan toksikologi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila pemandu kenderaan terbabit dari arah Telupid hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan terbabas di sebelah kanan jalan. 

"Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan maut di tempat kejadian manakala tiga penumpangnya cedera parah. Kemalangan tidak melibatkan lain-lain kenderaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kasim berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian mangsa sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain.

Manakala tiga penumpang yang cedera parah tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dihantar ke Hospital Telupid untuk rawatan.

  • oleh
  • Advertisement