Anda di sini

Wakil agensi perhutanan timba, kongsi pengalaman dengan KTSP

Advertisement
WAKIL dari beberapa agensi perhutanan Sarawak merakam gambar kenangan bersama warga KTS Plantation.
WAKIL dari beberapa agensi perhutanan Sarawak merakam gambar kenangan bersama warga KTS Plantation.

KOTA KINABALU:  Seramai 15 wakil dari pelbagai agensi perhutanan di Sarawak membuat lawatan rasmi ke KTS Plantation Sdn.  Bhd. (KTSP) untuk bertukar pengalaman dan pengurusan mengenai pelaksanaan Sistem Jaminan Kebenaran Kayu Sabah (TLAS).

Objektif utama lawatan itu adalah untuk memperkukuhkan inisiatif pelaksanaan STLVS di Sarawak dengan berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai mekanisme TLAS Sabah.

Agensi terlibat ialah Jabatan Hutan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC), Sarawak Forestry Corporation Sdn.  Bhd. (SFC), Hardwood Timber Sdn.  Bhd. (HTSB) dan Persatuan Kayu Sarawak (STA).

Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) telah menggunakan TLAS sebagai prosedur kawalan untuk mengesahkan pematuhan terhadap kesahihan kayu yang meliputi penuaian hutan, pengangkutan, operasi kilang, import dan eksport.

Proses pengesahan itu berdasarkan pemantauan berterusan kepada 29 Unit Pengurusan Hutan Jangka Panjang (FMU) dan pelesenan kawasan tuaian yang mematuhi Piawaian Perundangan Sabah.  

SFD telah memulakan pelaksanaan TLAS pada bulan Mei 2009 yang sebahagiannya disokong oleh GTZ Jerman dan kerajaan Belanda.  

Semasa lawatan itu, KTSP telah berkongsi beberapa pengalaman mereka dalam menangani audit TLAS dan cabaran yang dihadapi oleh KTSP dalam mematuhi keperluan TLAS.  

Antaranya adalah bahagian-bahagian penting yang selalu terlepas pandang tetapi memberikan impak besar kepada pematuhan undang-undang syarikat jika dilakukan.

Advertisement