Anda di sini

Phoong terima kunjungan hormat pegawai Kedutaan AS

Advertisement
PHOONG (kanan) berbincang dengan pegawai tinggi Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur Sally Behrhorst dan Ravindran Manickam.
PHOONG (kanan) berbincang dengan pegawai tinggi Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur Sally Behrhorst dan Ravindran Manickam.

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe menerima kunjungan hormat pegawai tinggi Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur, Kaunselor Politik Kedutaan Sally Behrhorst dan Pakar Politik Kanan Ravindran Manickam di pejabat kementeriannya pada Jumaat.

Dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu politik, potensi kerjasama, pembangunan belia tempatan dan sebagainya.

Phoong juga menyambut baik keprihatinan Kedutaan Amerika Syarikat terhadap negeri Sabah di mana pelbagai program telah diperkenalkan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Sabah dan Amerika Syarikat.

Antara program itu adalah menghadirkan jurulatih dan pemain NBA ke Sabah untuk berkongsi pengalaman dengan jurulatih dan belia tempatan bagi mempertingkatkan prestasi pemain bola keranjang negeri ini.

Sehubungan dengan itu, Phoong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang berterima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat kerana mengadakan sesi latihan bola keranjang di Dewan Masyarakat Luyang dan berkunjung ke gelanggang bola keranjang Foh Sang pada pagi Jumaat.

Beliau berharap lebih banyak kolaborasi diusahakan untuk pembangunan belia dan sukan seterusnya membuka mata dan minda anak-anak muda negeri ini.

Beliau juga akan terus bekerjasama secara rapat dengan Kedutaan Amerika Syarikat untuk kepentingan dan pembangunan rakyat Sabah.

Advertisement