Anda di sini

Lelaki tempatan ditemukan lemas di tebing Sungai Tamparuli

Advertisement

TUARAN: Seorang lelaki tempatan ditemukan lemas di Kampung Bantayan berdekatan tebing Sungai Tamparuli di sini pagi Jumaat.

Mangsa, berumur 46 tahun ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, kejadian awal berlaku apabila seorang pemancing melihat objek menyerupai manusia sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang ditemukan dalam keadaan tertiarap masih lengkap berpakaian dan memakai topi keledar.

“Mayat dipercayai sudah meninggal dunia sejak Khamis dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Kes Mati Mengejut,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkan segera kepada pihak polis selain menasihatkan orang awam untuk sentiasa berhati-hati mengendalikan kenderaan masing-masing.

  • oleh
  • Advertisement