Anda di sini

KPTI Tawau berikan pendidikan profesional sepanjang hayat

Advertisement
NAZMI (kanan) dan Saiful Khair Mohd Sampon (tengah) Penyelia KAFA Tawau 1/3 semasa lawatan.
NAZMI (kanan) dan Saiful Khair Mohd Sampon (tengah) Penyelia KAFA Tawau 1/3 semasa lawatan.

TAWAU: Kolej Pengajian Tinggi Al-Insaniah (KPTI) Tawau terus mengorak langkah dengan memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada semua masyarakat Tawau tanpa mengira usia.

Pengurus KPTI Tawau Dr Mohd Nazmi Desa berkata, penubuhan KPTI di daerah ini untuk bersama menyemarakkan lagi ilmu pendidikan agama di samping melahirkan lebih ramai lagi pendakwah.  

"Melalui platform yang dibangunkan oleh modul KPTI mampu melahirkan pendakwah yang profesional dan ilmu yang diperolehi boleh digunakan untuk memohon tauliah daripada Jabatan agama," katanya semasa melawat pejabat Jakim Tawau.

Nazmi berkata, setakat ini KPTI Tawau telah mengambil pelajar untuk semester Januari dan Jun 2019.

Setakat ini permintaan kemasukan agak memberangsangkan di kalangan masyarakat daerah ini.

"Saya optimis dalam membangunkan sahsiah pelajar supaya mampu melahirkan pendakwah yang berkaliber dan dapat memberikan sumbangan kepada daerah dan negeri ini," katanya.

Beliau berkata, lawatan ke pejabat Jakim bagi memberikan penerangan berkenaan peranan penubuhan KPTI di Tawau untuk tujuan sokongan serta cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dikolaborasikan bersama.
 

  • oleh
  • Advertisement