Anda di sini

Kerajaan Persekutuan serap RM45 juta kos barang

Advertisement
SHAIFUDDIN (kiri) dan Shafie (kanan) pada kunjungan tersebut.
SHAIFUDDIN (kiri) dan Shafie (kanan) pada kunjungan tersebut.

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan menyerap RM45 juta bagi kos barang keperluan asas bagi keperluan rakyat negeri Sabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kos yang diserapkan adalah kos penggangkutan bagi tujuh barangan pengguna iaitu gula, beras, tepung, gas LPG, petrol dan diesel.

"Selain itu, kita juga telah menyediakan 66 zon bagi perlaksanaan 700 pusat jualan yang menawarkan harga barangan sama seperti di semenanjung di negeri ini.

"Kita berharap penyediaan pusat jualan tersebut akan dapat dinikmati oleh penduduk di seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman.

"Pusat jualan berkenaan telah dilaksanakan sejak 1 April 2019 oleh kontraktor di bawah seliaan KPDNHEP," ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya pada Khamis.

Menurut Saifuddin, kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan kementeriannya.

"Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan isu penyeludupan barangan bersubsidi seperti tong gas LPG, minyak masak dan gula ke negara jiran.

“Satu usaha untuk menangani penyeludupan telah dibincangkan bagi mengurangkan ketirisan barangan bersubsidi itu keluar negara," jelasnya kepada media.

  • oleh
  • Advertisement