Anda di sini

Kerajaan Negeri tingkat keupayaan Pelabuhan Sepanggar

Advertisement
 Ibrahim dan Shafie bersama tetamu kehormat lain serta kakitangan Pelabuhan Sepanggar merakam gambar kenangan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Suria Capital pada Khamis.
LIMA dari kiri: Ibrahim dan Shafie bersama tetamu kehormat lain serta kakitangan Pelabuhan Sepanggar merakam gambar kenangan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Suria Capital pada Khamis.

SEPANGGAR: Kerajaan Negeri akan terus berusaha meningkatkan keupayaan Pelabuhan Sepanggar dengan melengkapkan prasarana yang diperlukan oleh pelabuhan berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, langkah itu penting bagi memastikan keupayaan serta kecekapan pelabuhan itu setanding dengan pelabuhan lain.

"Saya ada berbincang dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) tengahari tadi, mengenai progres meningkatkan prasarana di Pelabuhan Sepanggar ini.

"Apa yang saya tekankan adalah kita perlu melengkapkan kemudahan di pelabuhan ini supaya operasi eksport barang mudah dan cepat dilaksanakan.

"Jika kita dapat tingkatkan kemudahan dan kecekapan pelabuhan ini, sudah pasti kita dapat bersaing dengan pelabuhan lain yang ada di Klang dan Singapura," katanya ketika berucap semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Suria Capital, di sini pada Khamis.

Tambahnya, kemudahan lengkap juga penting bagi memastikan operasi pelabuhan terus berkembang pesat memandangkan lokasi Sabah berdekatan dengan China, Jepun dan negara lain yang memerlukan perkhidmatan sedemikian.

Malah, katanya, kelajuan penghantaran barang akan mudah dan cepat dilaksanakan tanpa memerlukan kos pengangkutan yang tinggi.

Bagaimanapun, beliau berkata perancangan itu tidak akan tercapai sekiranya 'mindset' dan semangat tinggi pekerja di pelabuhan berkenaan tidak berubah ke arah yang lebih baik.

"Kalau kita leka, berlaku korupsi dan ketirisan sini sana, ia akan membantutkan perancangan kerajaan untuk mewujudkan prasarana yang lengkap.

"Jadi penting kepada kita memiliki 'main power' yang dapat memberi sumbangan yang cukup komited untuk membolehkan supaya perkhdimatan dapat ditingkatkan," katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Suria Capital Holdings Bhd Tan Sri Ibrahim Menudin.

  • oleh
  • Advertisement