Anda di sini

Christina melawat Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Advertisement
CHRISTINA (duduk tengah) ketika berada dalam bot dalam lawatan itu.
CHRISTINA (duduk tengah) ketika berada dalam bot dalam lawatan itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew bersama rombongan telah mengadakan satu lawatan ke Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, Sandakan pada Khamis.

Lawatan yang mengambil masa tiga jam menggunakan bot untuk sampai ke destinasi turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Wiliam Baya, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman dan Pengasas Borneo Eco Tour Albert Teo.

"Ini adalah destinasi pelancongan yang menarik...saya datang ke sini untuk melihat sendiri keindahan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.

"Hari ini saya telah mempelajari banyak perkara daripada Kinabatangan River Cruise apabila menyaksikan sendiri haiwan-haiwan seperti Gajah Pygmy Borneo, Monyet Belanda, Burung Enggang Badak atau Kenyalang, Buaya dan Orang Utan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

ORANG Utan yang dinamakan 'Christina Liew' sempena lawatan Christina ke lokasi berkenaan.
ORANG Utan yang dinamakan 'Christina Liew' sempena lawatan Christina ke lokasi berkenaan.

Selain itu, Christina turut berjaya melihat sendiri pelbagai spesies burung serta hidupan lain yang hidup bebas dalam santuari berkenaan.

Beliau turut menyaksikan seekor Orang Utan betina berusia antara 15 sehingga 20 tahun ketika mengadakan lawatan ke Attenborough Board Walk di Sukau Rainforest Lodge.

Sementara itu, Albert yang juga Pengasas Sukau Rainforest Lodge berkata, Primat itu kemudian dinamakan 'Christina Liew' sebagai penghormatan terhadap lawatan pertama menteri itu ke destinasi berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement