Anda di sini

14 ditahan dalam Ops Poket dan Ops Sarang

Advertisement
BARANG-BARANG yang berjaya dirampas.
BARANG-BARANG yang berjaya dirampas.

SANDAKAN: Seramai 14 orang ditahan oleh pihak polis dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah dan Ops Sarang di sekitar Pusat Bandar Sandakan dan kawasan Batu 3 pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita.

“Dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah (Op Poket) yang dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar Pusat Bandar Sandakan dan kawasan Batu 3 telah memeriksa seramai 13 orang individu dan berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita,”katanya.

Beliau berkata, seorang yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dua orang lagi ditahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dua lagi akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Manakala, Mohd Azhar berkata sembilan orang lagi lelaki ditahan dalam Ops Sarang di sekitar Batu 3.

SUSPEK yang ditahan dalam Ops Sarang.
SUSPEK yang ditahan dalam Ops Sarang.

Ops Sarang itu telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan turut berjaya merampas dadah disyaki jenis Syabu dianggarkan seberat 6.25 gram dari suspek terlibat.

Beliau berkata, kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ABD 1952 dan satu kes lagi disiasat di bawah Akta Kastam.

  • oleh
  • Advertisement