Anda di sini

Palestin digesa terima pelan ‘Opportunity of the Century’

Advertisement
 Penunjuk perasaan Palestin memijak gambar bendera Israel dan gambar Trump                    serta Kushner semasa berhimpun untuk membantah bengkel di Bahrain bagi pelan damai              Timur Tengah yang diketuai AS di Bandar raya Gaza kelmarin. — Gambar Reuters
MARAH: Penunjuk perasaan Palestin memijak gambar bendera Israel dan gambar Trump serta Kushner semasa berhimpun untuk membantah bengkel di Bahrain bagi pelan damai Timur Tengah yang diketuai AS di Bandar raya Gaza kelmarin. — Gambar Reuters

MANAMA: Jared Kushner kelmarin menyeru kepada Palestin untuk menerima pelan ‘Opportunity of the Century’ yang menurut beliau akan menyalurkan AS$50 bilion (RM205 bilion) ke dalam ekonomi yang lembap, tetapi memberitahu mereka mesti menyetujuinya terlebih dahulu jika mereka mahukan perjanjian damai.   

Ketika membuka inisiatif damai Timur Tengah oleh bapa mertua beliau, Presiden Amerika Syarikat (AS) Do-nald Trump, yang sudah lama dinanti-nantikan, di Bahrain, penasihat Rumah Putih itu menegaskan pentadbiran mereka belum berputus asa dengan Palestin, walaupun kepimpinan Palestin memboikot bengkel ekonomi yang diketuai AS.

“Menyetujui laluan ekonomi ke hadapan merupakan satu prasyarat yang perlu bagi menyelesaikan isu politik yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini,” kata Kushner ketika beliau melancarkan satu perhimpunan dua hari yang intim di sebuah hotel mewah di rantau Teluk.

Sambil berjalan-jalan di atas pentas bulat dan me-nunjuk kepada graf menurut stail seorang eksekutif korporat, eksekutif hartanah berusia 38 tahun dan rakan keluarga Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu itu mengakui keperluan bagi penyelesaian politik.

“Yang jelas, pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran bagi orang Palestin tidak mungkin tanpa penyele-saian politik yang adil dan berkekalan kepada konflik yang berlaku...penyelesaian yang menjamin keselamatan Israel dan menghormati maruah orang Palestin,” kata beliau.

Namun Kushner merancang untuk membentangkan pelan politik beliau kemudian, dan kerangka kerja ekonomi dengan sengaja tidak memasukkan bahasa pertukaran tanah dan status politik muktamad yang sudah menyakitkan hati perunding damai selama berdekad-dekad.

Kushner berkata Palestin harus terdahulu menerima bahagian ekonomi, yang menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mewujudkan sejuta pekerjaan bagi penduduk Palestin dalam tempoh sedekad menerusi pelaburan sebanyak AS$50 bilion dalam infrastruktur, pelancongan dan pendidikan di wilayah mereka dan jiran Arab mereka.

Sementara beliau menolak deskripsi yang mengejek pelan damai beliau sebagai pelan ‘Deal of the Century’, beliau dengan cepat menawarkan satu label lain.

“Usaha ini lebih baik di-sebut sebagai pelan ‘Opportunity of the Century’, jika kepimpinan memiliki keberanian untuk meneruskannya.”

“Mesej langsung saya kepada rakyat Palestin ialah walaupun apa yang dikatakan oleh mereka yang telah mengecewakan anda pada masa lalu, Presiden Trump dan Amerika belum lagi berputus asa dengan anda,” kata beliau.

Saeb Erekat, selaku Setia-usaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, tidak bersetuju.

“Pentadbiran Trump bukan sahaja sudah berputus asa dengan Palestin, tetapi dengan keamanan, keadilan dan prinsip kemanusiaan asas,” tweet perunding vete-ran Palestin itu.

Erekat terdahulu berkata pelan ‘Peace to Prosperity’ sudah ditakdirkan untuk gagal dan berasaskan idea bahawa “mereka tahu apa yang terbaik untuk rakyat Palestin”.

Trump merupakan pe-nyokong Netanyahu yang tidak segan-silu dan sudah mengambil langkah bersejarah untuk menyokong Israel, termasuk mengiktiraf Bai-tulmuqaddis yang berpecah belah sebagai ibu kota negara Yahudi itu.

Pentadbiran Trump telah membayangkan cadangan politiknya yang akan dikemukakan pada hujung tahun ini tidak akan mengumumkan penubuhan sebuah negara Palestin, matlamat diplomasi AS selama berdekad-dekad, dan ia dapat menerima tindakan Netanyahu merampas beberapa bahagian di Tebing Barat untuk Israel.

Sambil menuduh AS cuba membeli mereka, ribuan penduduk Palestin memenuhi lebuh raya untuk mengecam persidangan di Bahrain.

Di Semenanjung Gaza, yang dikuasai puak militan Hamas, mogok umum menutup kebanyakan kedai dan restoran, manakala penunjuk perasaan di Hebron terdahulu membakar gambar Trump dan raja Bahrain.

Dalam senario yang luar biasa, Bahrain mengalu-alukan puluhan warga Israel termasuk ahli akademik dan wartawan walaupun tidak ada hubungan diplomatik.

AS mengalu-alukan “bengkel” berkenaan yang disifatkan sebagai menyatukan warga Israel dengan orang Arab Teluk, amnya kerana mereka sama-sama memusu-hi Iran.

Menaiki pentas selepas Kushner, hartawan Dubai, Mohamed Alabbar, berkata beliau rasa seakan-akan orang Arab lain memikirkan tentang kepentingan penduduk Palestin.

“Saya rasa seperti saya mewakili mereka, kerana ia adalah kisah saya...Palestin dan rakyatnya. Isu Palestin adalah sesuatu yang dekat di hati saya,” kata Alabbar, pemilik syarikat Emaar Properties yang seterusnya memiliki menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Beliau berharap pemba-ngunan di wilayah Palestin dapat bermula dengan cepat, dan berkata dengan “persekitaran yang baik di mana saya dapat beroperasi, apa yang dapat dibuat tidak ada batasnya”. — AFP

Advertisement