Anda di sini

'Fiesta U.S Fries' bantu promosi bakat chef di Sabah

Advertisement
JUNZ (kanan) bersama tetamu jemputan lain selepas majlis pelancaran Fiesta U.S Fries.
JUNZ (kanan) bersama tetamu jemputan lain selepas majlis pelancaran Fiesta U.S Fries.

KOTA KINABALU: 'Fiesta U.S Fries' platform terbaik dalam mempromosikan bakat golongan chef di negeri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, promosi produk kentang dari Amerika Syarikat di negeri ini membuka peluang kepada golongan berkenaan menunjukkan bakat mereka.

Katanya, Sabah memiliki kepelbagaian hidangan dan menerusi Fiesta U.S Fries, ia mampu menghasilkan gabungan hidangan yang menarik berasaskan kentang Amerika.

"Sudah sampai masanya Kota Kinabalu membina reputasinya sebagai bandar kulinari.

"Menerusi festival ini, ia dapat membantu dalam memperkenalkan satu lagi kepelbagaian kulinari yang ada ditawarkan di Kota Kinabalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Fiesta U.S Fries di sini pada Rabu.

Junz berharap lebih banyak syarikat dan negara luar menganjurkan festival kulinari seumpama itu dalam mempromosikan produk makanan tempatan dan luar negara.

Fiesta U.S Fries buat pertama kalinya dianjurkan di Sabah bermula 15 Jun hingga 15 Julai 2019.

Sebanyak sembilan premis makanan sekitar sini menyertai festival berkenaan dengan menggunakan produk kentang Amerika sebagai sajian dalam menu mereka.

  • oleh
  • Advertisement