Anda di sini

Rumah terbuka PKG Tawau platform erat silaturahim

Advertisement
JUMIATI dan Sulaiman merakam kenangan bersama sebahagian warga GPM Tawau. 
JUMIATI dan Sulaiman merakam kenangan bersama sebahagian warga GPM Tawau. 

TAWAU: Sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tawau bertempat di dewan SJKC Kuok Ming pada Jumaat begitu bermakna buat guru perpustakaan dan media (GPM), guru penyelaras bestari (GPB) dan juruteknik komputer sekolah daerah Tawau.

Majlis itu telah dihadiri seramai 70 GPM, 70 GPB dan 50 juruteknik.

Penyatuan tiga jawatan pegawai dalam satu majlis itu berjaya direalisasikan pada tahun ini setelah 14 tahun lalu diimpikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Daerah Tawau Jumiati Suparno.

Di samping sambutan rumah terbuka, majlis itu juga bagi meraikan perpindahan mantan PTP II PKG Tawau iaitu Sulaiman Musi yang kini bertugas di SK Kuala Abai, Kota Belud.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh GPB Ustaz Shahrul Hafez dari SMK Balung, disusuli ucapan aluan oleh Jumiati dan Sulaiman.

Seterusnya, penyampaian cendera kenangan kepada Sulaiman dan Guru Besar SJKC Kuok Ming Chang Siew Chin selaku tuan rumah.

Menurut Jumiati, jamuan majlis itu disediakan secara 'pot luck' oleh GPM, GPB dan juruteknik komputer sekolah daerah Tawau.

"Penyediaan dan hiasan pentas juga adalah hasil kolaborasi semua pegawai yang hadir memeriahkan majlis ini.

“Melalui majlis ini, diharapkan agar para GPM, GPB dan juruteknik komputer sekolah dapat menjadikannya sebagai platform mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin, sentiasa berdedikasi dan berintgeriti terhadap tugas yang diamanahkan sesama meraka bersama PKG Tawau,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Haji Abdul Hadi Haji Karim dan Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Adam Chok Abdullah.

Advertisement