Anda di sini

Polis berkas pengedar dadah

Advertisement
RUMAH kongsi yang diserbu pihak polis sebelum penahanan suspek.
RUMAH kongsi yang diserbu pihak polis sebelum penahanan suspek.

KUNAK: Seorang pengedar dadah ditahan polis dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah kongsi Ladang Sapang di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Baharin Md Tahir berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 subuh hingga 10 pagi di sekitar kawasan ladang.

“Semasa serbuan dijalankan kira-kira jam 4 pagi di rumah terbabit pintu rumah tidak dibuka walaupun pihak polis sudah memperkenalkan diri menyebabkan pasukan serbuan terpaksa memecahkan pintu rumah.

“Sebaik memasuki kawasan rumah, polis kemudiannya menahan seorang lelaki tidak bekerja dan tiada dokumen pengenalan diri berumur 23 tahun,” katanya.

Beliau berkata semasa pemeriksaan dijalankan, pihaknya tidak menemukan apa-apa bahan terlarang sebelum menjalankan soal siasat terhadap suspek.

“Suspek kemudiannya mengambil satu bekas menyimpan gula-gula lalu menyerahkan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sembilan paket plastik kecil dan satu paket sederhana besar setiap satu berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu serta 10 lipatan kertas timah,” katanya.

DADAH seberat 5.5 gram yang disimpan di dalam bekas gula-gula dipercayai untuk diedarkan di beberapa kawasan ladang sekitar sini.
DADAH seberat 5.5 gram yang disimpan di dalam bekas gula-gula dipercayai untuk diedarkan di beberapa kawasan ladang sekitar sini.

Tambahnya dadah yang dirampas dianggarkan seberat 5.5 gram dan bernilai RM850 pada harga pasaran tempatan.

“Suspek adalah pengedar syabu di sekitar kawasan ladang Sapang, Jatika dan ladang sekitarnya.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement