Anda di sini

MBRKK terima kunjungan Duta Besar Thailand

Advertisement
NARONG (tiga kanan) dan isteri merakam gambar kenangan bersama Syed Husin (dua kanan) dan Abas (dua kiri) di dalam Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
NARONG (tiga kanan) dan isteri merakam gambar kenangan bersama Syed Husin (dua kanan) dan Abas (dua kiri) di dalam Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK) menerima kunjungan daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia Narong Sasitorn bersama isterinya, di sini pada Selasa.

Ketibaan duta itu disambut oleh Bendahari MBRKK Haji Syed Husin Habib Omar dan Penyelia MBRKK Haji Abas Jahandad. 

Sepanjang lawatan berkenaan, Narong diberikan taklimat dan penerangan oleh Syed Husin berkenaan sejarah MBRKK yang mula beroperasi sejak 20 tahun lepas. 

Dalam reaksi balasnya, Narong sempat memberikan reaksi positif dengan melahirkan rasa kagum dan tertarik dengan keindahan dalaman dan luaran reka bentuk bangunan MBRKK. 

Selain itu, katanya, lokasi MBRKK juga dilihat amat strategik dan indah kerana menghadap tepi pantai Teluk Likas. 

Narong juga memberi jaminan akan memperkenalkan MBRKK dan keindahan Sabah secara keseluruhannya kepada rakyat Thailand agar lebih ramai berkunjung ke negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement