Anda di sini

Kerjasama antara muzium dalam negara penting

Advertisement
CHRISTINA (tengah) ketika menyempurnakan gimik pra pelancaran majlis itu.
CHRISTINA (tengah) ketika menyempurnakan gimik pra pelancaran majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara semua muzium dalam negara penting sebagai usaha memperkenalkan kebudayaan, seni, adat, warisan, sejarah, flora dan fauna di Sabah kepada pelancong luar dan domestik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, penganjuran program seperti Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan ke-23 yang akan diadakan di sini penting dijadikan platform ke arah itu.

"Saya difahamkan pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang program dilangsungkan pada 15 Julai sehingga 20 Julai depan yang bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam.

"Syabas diucapkan kepada pihak jawatankuasa induk Jabatan Muzium Sabah kerana bertungkus lumus dalam melaksanakan program ini untuk yang terbaik," katanya ketika merasmikan Pra Pelancaran Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan kali ke-23, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar turut berharap jumlah pelancong luar dan dalam negara datang ke Sabah terus meningkat dari tahun ke tahun bagi terus menjana pendapatan negeri dan negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin Kasim berkata, sambutan itu menjadi satu tradisi yang diteruskan pihak muzium dengan sokongan penuh pelbagai pihak.

Beliau berharap hubungan yang terjalin di antara komuniti muzium di dalam negara dapat diterus diperkasakan.

"Saya menyeru kepada semua yang terlibat untuk memberi kerjasama yang baik agar program ini dapat berjalan dengan lancar," katanya.

  • oleh
  • Advertisement