Anda di sini

Edar risalah Ah Long, dua lelaki ditahan

Advertisement
ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek semasa mengedarkan risalah Ah Long.
ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek semasa mengedarkan risalah Ah Long.

PENAMPANG: Dua lelaki termasuk pelajar kolej ditahan selepas didapati mengedarkan risalah pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long di Bundusan Square di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kedua-dua suspek warga tempatan ditahan semasa Op Vulture kira-kira jam 10.30 pagi.

"Semasa penahanan kedua-dua suspek berumur 20-an itu, polis turut merampas 457 keping risalah pinjaman wang tanpa lesen," katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 29 AA (i) KK Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang boleh didenda maksimum RM20,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, dua lagi lelaki ditahan selepas memandu secara melulu serta membahayakan keselamatan pengguna semasa Ops Samseng Jalanan dijalankan di sini.

Beliau berkata operasi bermula jam 1 pagi itu menahan suspek yang sedang berlumba di Jalan Penampang-Kota Kinabalu Bypass.

"Kedua-dua pemandu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

  • oleh
  • Advertisement