Anda di sini

Bersatu utamakan kepentingan rakyat

Advertisement
ISNIN Isnin berbual mesra dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Abdul Rahman Yaakub pada majlis berkenaan.
ISNIN Isnin berbual mesra dengan pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Abdul Rahman Yaakub pada majlis berkenaan.

BEAUFORT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Beaufort meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

Ketua penajanya Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata masalah rakyat akan diselami dan usaha untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

“Kita lebih mengutamakan rakyat dan perjuangan inilah yang kita lakukan,” katanya di sini.

Isnin ketika ditemui pada sambutan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Beaufort.

Beliau berkata dalam melaksanakan perjuangan itu Bersatu Beaufort akan mengikat persefahaman dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya persefahaman itu membolehkan usaha membantu rakyat lebih berkesan dan dapat mengenalpasti masalah rakyat dengan lebih baik.

“Beberapa pemimpin dalam PH ada bertemu dengan saya dan kami berbincang mengenai usaha untuk membantu rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya bagi memastikan kepentingan dan kehendak rakyat dapat dikenalpasti, Bersatu Beaufort sudah  membentuk penaja pada peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Katanya jawatankuasa penaja PDM itu adalah ruang terbaik akan mengenalpasti masalah yang dihadapi olah rakyat dan akan mengemukakannya kepada Bersatu Beaufort.

“Kita akan berusaha untuk membantu menyelesaikannya dengan mengemukakan masaalah tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan,” katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement