Anda di sini

Semua suku kaum, etnik digalak tampil keunikan kebudayaan tradisi

Advertisement

LAHAD DATU: Semua suku kaum dan etnik di negara ini digalakkan untuk bersama kerajaan memajukan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Menurutnya, dengan menampilkan keunikan tradisi kebudayaan dan seni masing-masing di medium penganjuran majlis, majlis keraian, pesta kebudayaan dan sebagainya ianya akan mampu mempersona pengunjung luar.

KETIBAAN Mohamaddin disambut mesra mereka yang hadir pada majlis itu.
KETIBAAN Mohamaddin disambut mesra mereka yang hadir pada majlis itu.

"Semua kaum juga boleh bekerjasama dengan duduk berunding, saling bertukar pandangan dan mencari keunikan kaum untuk ditonjolkan sebagai produk pelancongan," katanya ketika berucap pada Majlis Koluk Sengegkun Idahan dan Raya anjuran Persatuan Etnik Idahan Sabah di Dewan Perdana, pada Ahad.

Selain itu, Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Silam menyeru usaha pembuatan kraftangan tempatan dipergiat kerana pasarannya semakin meningkat dan menguntungkan.

Katanya, industri pembuatan kraftangan di Sarawak sebagai contoh, telah menjana RM13.6 juta pada bulan Januari hingga Mac tahun ini melalui hasil kraftangan.

MOHAMADDIN diiringi Abdul Karim meluangkan masa menjamu selera di salah satu gerai makanan tradisi sempena majlis itu.
MOHAMADDIN diiringi Abdul Karim meluangkan masa menjamu selera di salah satu gerai makanan tradisi sempena majlis itu.

"Pengusaha pelancongan juga perlu memanfaatkan Dana Infrastruktur Pelancongan sebanyak RM1 bilion yang dilancarkan Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi memajukan perusahaan yang sekali gus akan memperbanyakkan peluang pekerjaan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement