Anda di sini

Lebih 100 aduan kesalahan merokok di tempat awam

Advertisement
NOORLIZAH (dua kiri) menyampaikan poster larangan merokok kepada seorang pengusaha premis makanan, turut kelihatan ialah Julaidah (dua kanan).
NOORLIZAH (dua kiri) menyampaikan poster larangan merokok kepada seorang pengusaha premis makanan, turut kelihatan ialah Julaidah (dua kanan).

KOTA KINABALU: Lebih seratus aduan diterima daripada orang awam sejak kerajaan mewartakan kawasan larangan merokok di premis awam khususnya di bandaraya ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr Julaidah Sharip berkata, aduan itu membuktikan bahawa pendekatan yang dilakukan kerajaan berjaya dan rakyat sedar akan bahaya kesan akibat merokok serta asapnya.

"Setelah aduan diterima, kita akan berhubung dengan pengadu bagi memastikan kesahihan lokasi kejadian.

"Saya melihat majoriti masyarakat seluruh negara sedar akan pentingnya pendekatan yang dilakukan untuk melarang perokok merokok di kawasan awam," katanya ketika ditemui pada Program Tinjauan Mesra Larangan Merokok di Premis Makanan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, tinjauan itu turut diadakan bagi memeriksa poster larangan merokok di setiap premis makanan selain mengedarkan poster berkenaan kepada pengusaha kedai.

"Kita juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan orang ramai mengenai denda sekiranya didapati merokok di kawasan larangan itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip berkata, pihaknya membantu dalam melaksanakan pendekatan itu bagi kebaikan bersama.

Beliau yang turut mewakili Mayor DBKK berkata, sejak perwartaan larangan merokok di premis awam, ianya tidak menjadi masalah kepada masyarakat kerana mereka sedar akan kebaikan menjaga kesihatan dan keburukan merokok.

  • oleh
  • Advertisement