Anda di sini

11 ditahan termasuk 6 wanita terlibat aktiviti perjudian haram

Advertisement
SEBAHAGIAN peralatan judi yang dirampas oleh pihak polis.
SEBAHAGIAN peralatan judi yang dirampas oleh pihak polis.

SANDAKAN: Seramai 11 orang ditahan termasuk enam wanita disyaki terlibat aktiviti perjudian haram dalam Operasi Dadu yang diadakan di sekitar Bandar Sandakan, petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya berjaya menahan 11 orang yang terdiri daripada enam perempuan dan lima lelaki berumur dalam lingkungan 18 hingga 54 tahun.

Beliau berkata pihaknya juga berjaya merampas wang tunai RM3,844, lapan telefon bimbit, beberapa keping kertas catitan pertaruhan, peralatan untuk menjual loteri awam tanpa lesen dan tiga lagi telefon bimbit untuk menjual tambah nilai judi online tanpa lesen.

“Operasi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan yang menjalankan Operasi Dadu di sekitar bandar,” katanya.

Mohd Azhar berkata operasi dijalankan bagi membanteras elemen perjudian loteri awam dan tambah nilai judi online tanpa lesen di Daerah Sandakan.

"Semua yang ditangkap dibawa ke IPD Sandakan untuk siasatan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) dan Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement