Anda di sini

Georgia hukum mati lelaki bunuh pengawal penjara

Advertisement
WILSON
WILSON

WASHINGTON: Ne-geri Georgia di Amerika Syarikat (AS) kelmarin menghukum mati seorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan membunuh seorang pengawal penjara berpakaian preman pada 20 tahun lepas.

Marion Wilson Jr, 42, dihukum mati melalui suntikan maut pada jam 9.52 malam waktu tempatan di sebuah penjara di Jackson, di tengah negeri selatan itu.

Wilson telah disabitkan bagi pembunuhan yang dia lakukan pada Mac 1996 sebagai sebahagian daripada satu tugasan bagi kumpulan penjenayah kejam “Folk Nation”.

Dia dan seorang lelaki lain, Robert Earl Butts, melihat Donovan Corey Parks, seorang pengawal penjara yang mereka kenali, membeli makanan kucing di sebuah kedai runcit.

Mereka mengekori Parks hingga ke tempat letak kereta dan meminta bantuannya untuk menghantar mereka pulang, namun sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta, Butts telah mengacukan pistolnya.

Hanya beberapa minit kemudian, mereka meninggalkan mayat Parks di tepi jalan.

Wilson dan Butts telah se-gera diberkas, disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati.

Kedua-duanya telah ber-usaha bermacam-macam cara hingga proses rayuan, namun Butts dihukum mati pada Mei 2018.

Wilson merupakan orang yang ke-10 dihukum mati di AS pada tahun ini. — AFP

Advertisement