Anda di sini

Sebabkan kematian: Lelaki tempatan ketahui nasib 4 Julai

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 61 tahun, akan mengetahui nasibnya pada 4 Julai.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu terhadap Munir Maidin, 37, setelah perbicaraan penuh dijalankan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Jahiku Mokiling pada 16 Disember 2016 antara jam 8 malam hingga jam 9 malam, di hadapan sebuah motel, Jalan Langkon, daerah Kota Marudu.

Sabit salah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 30 tahun dan denda.

Tertuduh mula didakwa pada 19 April 2017 dan mengaku tidak bersalah.

Pada 27 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela dirinya selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadapnya.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman Ari Rizidah dan Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip melakukan pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement