Anda di sini

Rasuah: Bekas presiden Perancis Sarkozy akan dibicarakan

Advertisement

PARIS: Bekas Presiden Pe-rancis Nicolas Sarkozy akan berdepan pertuduhan rasuah dan menjaja pengaruh, lapor agensi berita China Xinhua memetik stesen radio rasmi France Info kelmarin.

Pada Selasa, mahkamah tertinggi Perancis menolak percubaan akhir Sarkozy untuk menggugurkan kes tersebut dan mengarahkan ahli politik parti konservatif itu dibicarakan, yang merupakan kes pertama seumpamanya dalam Republik Kelima, menurut France Info memetik sumber yang rapat dengan isu berkenaan.

Laporan itu menyebut bahawa perbicaraan tersebut akan berlangsung di sebuah mahkamah di Paris pada bulan-bulan akan datang.

Beberapa hakim mendakwa bahawa Sarkozy telah mencadangkan menerusi peguamnya, Thierry Herzog, agar seorang pendakwa dinaikkan pangkat sebagai pertukaran kepada maklumat mengenai satu inkuiri berhubung dakwaan beliau telah mengeks-ploitasi kelemahan mental wanita terkaya Perancis, Liliane Bettencourt, untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai bagi membiayai kempennya.

Pada Oktober 2017, Pendakwa Kewangan Nasional (PNF) berkata bekas pe-mimpin negara itu perlu diheret ke mahkamah jenayah atas pertuduhan rasuah, menjaja pengaruh dan menyembunyikan pelanggaran kerah-siaan profesional.

Sarkozy, yang menjadi Presiden Perancis antara Mei 2007 dan Mei 2012, telah diselubungi beberapa siri dakwaan rasuah dan penyelewengan kewangan serta menyembunyikan pembiayaan yang didakwa diperoleh dari Libya semasa kempen pilihan raya beliau pada 2012. — Bernama

Advertisement