Anda di sini

Penduduk Tenghilan rimas pencemaran sampah di pekan

Advertisement
LONGGOKAN sampah di Pekan Tenghilan. Manakala gambar kecil Samuel Bonging..
LONGGOKAN sampah di Pekan Tenghilan. Manakala gambar kecil Samuel Bonging.

TENGHILAN: Penduduk Pekan Tenghilan meminta kepada Majlis Daerah Tuaran (MDT) agar menyelesaikan longgokan sampah di pekan ini yang mengakibatkan bau busuk dan mencacatkan persekitaran.

Penduduk sekitar pekan itu Samuel Bonging berkata sampah berlonggok sehingga berhari-hari khususnya selepas tamu menyebabkan keselesaan penduduk serta pengunjung pekan terjejas oleh pencemaran dan kekotoran.

“Kita meminta kepada pihak MDT agar dapat melaksanakan tanggungjawab untuk mengatasi masalah lambakan sampah di Pekan Tenghilan,” katanya.

Samuel, 53, menegaskan pihaknya mengambil keputusan menyalurkan masalah sampah itu ke media sebagai menyambut keluhan penduduk dan para pengunjung pekan yang merasa rimas dengan masalah itu.

Menurut beliau, orang awam yang ditemui termasuk perbualan dalam kumpulan media sosial melahirkan keprihatinan terhadap masalah sampah dan berharap MDT dapat menyelesaikan masalah itu tanpa berlengah.

Katanya, pihak MDT pernah menyediakan tong sampah untuk kemudahan awam namun beberapa hari ini didapati tong berkenaan tidak berada di lokasi.

Sumber menunjukkan terdapat 26 kampung di Mukim Tenghilan di mana penduduk kampung berkenaan merupakan pengunjung rutin Pekan Tenghilan.

  • oleh
  • Advertisement