Anda di sini

Gempa bumi di barat daya China meragut 11 nyawa, 122 cedera

Advertisement
 Anggota penyelamat mengangkat seorang wanita yang cedera ketika mereka mencari mangsa terselamat dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda daerah Changning di Yibin, wilayah Sichuan, China semalam. — Gambar China Daily/Reuters
MUJUR SELAMAT: Anggota penyelamat mengangkat seorang wanita yang cedera ketika mereka mencari mangsa terselamat dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda daerah Changning di Yibin, wilayah Sichuan, China semalam. — Gambar China Daily/Reuters

CHENGDU: Sebelas orang maut manakala 122 lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda wilayah Sichuan yang terletak di barat daya China pada kelmarin malam, lapor agensi berita Xinhua memetik ke-nyataan kerajaan bandar Yibin semalam.

Gempa bumi itu melanda daerah Changning di Yi-bin pada jam 10.55 malam kelmarin (waktu Beijing), menurut pihak berkuasa tempatan.

Pusat gempa, dengan kedalaman 16 kilometer, telah dipantau di 28.34 darjah utara dan 104.90 darjah timur, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Usaha-usaha menyelamat sedang dilakukan. Kementerian Pengurusan Kecemasan telah mengaktifkan satu respons kecemasan dan menghantar satu pasukan kerja ke kawasan terjejas teruk untuk memberikan bimbingan dalam bantuan menyelamat dan bencana.

Kementerian itu dan Pentadbiran Rizab Strategik dan Makanan Negara telah menghantar sejumlah 5,000 khemah, 10,000 tilam lipat dan 20,000 selimut ke kawasan yang dilanda gempa bumi.

Pasukan penyelamat yang dihantar oleh Persatuan Palang Merah Wilayah Sichuan tiba di perbandaran Changning, Shuanghe pada kira-kira jam 4 pagi semalam.

Setakat jam 1 pagi semalam, gempa bumi itu telah menyebabkan lebuh raya utama yang menghubungkan Yibin dan da-erah Xuyong di bandar raya Luzhou terpaksa ditutup. Beberapa bahagian jalan lain juga telah disekat atau ditutup.

Satu gempa bumi bermagnitud 5.3 telah menggegarkan daerah Changning pada jam 7.34 pagi semalam, menurut CENC.

Pusat gempa dipantau di 28.37 darjah utara dan 104.89 darjah timur, menurut CENC dalam satu laporan awal. — Bernama

Advertisement