Anda di sini

Buku dan filem prekuel ‘Hunger Games’ dalam perancangan

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 22 Mac 2012 ini menunjukkan seorang pekerja membersihkan papan iklan ‘The Hunger Games di Ziegfeld Theatre, New York. — Gambar AFP
AKAN KEMBALI: Gambar fail yang diambil pada 22 Mac 2012 ini menunjukkan seorang pekerja membersihkan papan iklan ‘The Hunger Games di Ziegfeld Theatre, New York. — Gambar AFP

SEBUAH buku ‘Hunger Games’ baharu yang berlatarkan beberapa dekad sebelum trilogi terlaris asal akan diterbitkan pada tahun hadapan, kata penerbitnya pada Isnin, dengan perancangan untuk sebuah filem peneman sudah pun dilakukan.

Buku itu akan mengunjungi semula dunia paska-apokalips Panem yang diciptakan oleh Suzanne Collins yang diadaptasikan kepada francais filem antara terbesar di Hollywood yang dibintangi oleh Jennifer Lawrence.

Buku-buku asal, yang dijual lebih daripada 100 juta salinan, menceritakan tentang Katniss Everdeen, seorang heroin remaja yang dipaksa oleh kerajaan pemerintah ditaktor untuk menyertai program realiti TV berasaskan pertarungan antara hidup dan mati.

Buku baharu adalah Panem 64 tahun sebelum kejadian dalam trilogi asal semasa satu tempoh yang dikenali sebagai ‘Dark Days’, yang melihat negara itu “bergelut untuk kembali ke asal” selepas peperangan yang mengakibatkan kemusnahan, kata Collins.

Empat filem yang berdasarkan trilogi novel itu dengan buku terakhir dipecahkan kepada dua bahagian, menjadikan Lawrence terkenal dan mencatat perolehan kasar sebanyak AS$2.97 bilion di seluruh dunia.

Menurut Collins, buku baharu yang belum berjudul itu akan dikeluarkan pada 19 Mei  2020. — AFP

Advertisement