Anda di sini

Fornlas pemain kedua paling mahal West Ham

Advertisement
FORNLAS
FORNLAS

LONDON: West Ham melengkapkan pembelian pemain tengah antarabangsa Sepanyol Pablo Fornals kelmarin dari Villarreal dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £24 juta (RM144 million).

“Fornals, yang menjadi pemain kedua paling mahal dalam sejarah kelab selepas Felipe Anderson, telah menandatangani kontrak selama lima tahun, dengan pilihan bagi lanjutan setahun lagi,” West Ham menyebut dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan sembilan gol dalam 96 penampilan bagi Villarreal, termasuk gol kemenangan lewat yang tidak dapat dilupakan di Real Madrid pada Januari 2018, tetapi paling terkenal kerana ancamannya sebagai pencipta dari bahagian tengah.

“Dia adalah seorang pemain yang kami sudah sekian lama pantau dengan dekat, selepas melihatnya mencapai kemajuan yang cemerlang sebagai pemain tengah yang muda dalam salah satu liga terbaik di dunia,” kata pengarah bola sepak West Ham, Mario Husillos, yang pernah bekerja dengan Fornals di Malaga.

“Saya secara peribadi telah mengikuti kariernya sejak dia seorang pemain remaja bersama saya di Malaga, dan saya tahu kami telah menandatangani seorang profesional yang luar biasa dan perwatakan yang luar biasa.”

Fornals menyertai beberapa penyerang berbakat di Stadium London, termasuk Anderson, Marko Arnautovic dan Andriy Yarmolenko, dan mengakui peluang untuk bekerja bersama seorang bekas pengurus Malaga dan Villarreal dalam diri Manuel Pellegrini telah membantu meyakinkannya untuk menyertai pasukan ‘The Hammers’.

Dia memberitahu laman sesawang kelab: “Manuel merupakan pengaruh besar kerana pada akhirnya, dia merupakan salah seorang jurulatih terbaik di dunia, dan siapakah yang tidak mahu bekerja dengan orang seperti itu?

“Saya rasa sangat bagus, sangat gembira dan sangat bersyukur bagi peluang yang telah diberikan kepada saya.”

West Ham menduduki tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris pada musim pertama Pellegrini menggalas tugas. — AFP

Advertisement