Anda di sini

Sarawak akan sertai Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun di KL

Advertisement
C. SIVASUBRAMANIAM
C. SIVASUBRAMANIAM

KUCHING: Persatuan Hoki Sarawak (HAS) mengesahkan Sarawak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 16 Tahun dijadual berlangsung pada 9-16 Ogos di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Kita akan memilih pemain berpotensi secara terbuka untuk bersaing dalam kategori remaja lelaki dan perempuan,” ujar Setiausaha HAS, Kangot Awan.

Sehubungan itu, HAS menyeru mana-mana pemain remaja yang berpotensi untuk menyertai sesi pemilihan yang akan diadakan di Stadium Hoki Sarawak pada 15 Jun ini.

Sesi selama sehari itu akan diadakan pada sebelah dan petang.

Jurulatih HAS, Sri ‘Murthi’ Sakrunathan dan Dangerous Lee Mathew akan bersama-sama mengendalikan sesi penilaian dan pemilihan itu.

Ketua Jurulatih, C. Sivasubramaniam juga dijangka turun pada hari tersebut untuk memantau pemain-pemain berbakat yang boleh diserap dalam skuad pelapis hoki Sarawak.

Kangot dalam pada itu optimis pemain Sarawak mampu memberikan saingan dalam kejohanan itu walaupun nasib sering tidak menyebelahi pemain negeri pada temasya sebelum ini.

“Saya sentiasa menaruh harapan di bahu pemain muda untuk bermain dengan standard yang baik dan dapat melepasi beberapa perlawanan,” katanya lagi.

Advertisement