Anda di sini

Politik kotor boleh jejaskan usaha bina Malaysia Baharu

Advertisement
ZURAIDA
ZURAIDA

KUCHING: Permainan politik kotor termasuk penyebaran video lucah yang mengaitkan pemimpin tertinggi PKR boleh membantutkan usaha membina Malaysia baharu.

Naib Presiden PKR Zu-raida Kamaruddin yang turut melahirkan rasa kesal dan sedih mengenai isu video yang tular itu menjelaskan, ia berlaku ketika rakyat dan kerajaan sedang bergelut memulihkan keadaan ekonomi negara.

“Saya ingin menzahirkan rasa kesal dan sedih atas sebaran meluas klip video lucah yang mengaitkan seorang pimpinan tertinggi parti dan kerajaan yang mula tersebar sejak semalam (Selasa).

“Pada saat rakyat dan kerajaan sedang bergelut bagi memulihkan keadaan ekonomi negara dan mening-katkan taraf hidup rakyat, permainan politik kotor ini sangat menjengkelkan dan membantutkan usaha pembinaan semula Malaysia Baharu,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar, semalam.

Malahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan keyakinan beliau terhadap kredibiliti, integriti dan personaliti pimpinan yang difitnah tersebut adalah tidak berbelah bahagi.

“Keyakinan saya ini adalah berdasarkan latar belakang penuduh yang sangat meragukan dan diketahui mempunyai hubungan baik dengan pihak pembangkang.

“Sebarang konspirasi politik bagi membunuh karakter seperti ini harus dihentikan serta-merta dan saya amat berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta menghadapkan pesalah ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Zakaria Abdul Hamid menyatakan keyakinannya bahawa semua tuduhan dan dakwaan terhadap menteri kabinet yang didakwa adalah fitnah jahat, kotor dan merupakan konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.

“Konspirasi politik fitnah berulang sebagaimana dimangsakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, 20 tahun lalu.

“Penyebaran video terbaharu ini dengan kaedah teknologi terkini penukaran imej adalah memualkan sekali gus cubaan jahat bagi meng-aibkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta PKR,” katanya.

Sehubungan itu, PKR menolak dengan keras budaya politik kotor dan jijik sedemikian dan mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu melawan serta menolak budaya politik kotor.

Katanya, ia sepatutnya bersaing secara sihat dengan menawarkan idealisme ma-sing-masing.

“Kepada menteri yang didakwa dan keluarga, semoga tabah dan sabar melalui ujian dan cabaran ini.

“Insya-Allah kebenaran pasti muncul jua. Insya-Allah doa kami mengiringi perjuangan beliau agar diberikan kesabaran, kekuatan dan kejayaan,” kata Zakaria.

Advertisement