Anda di sini

Mayat pemancing mangsa baham buaya ditemukan

Advertisement
MAYAT mangsa yang ditemukan.
MAYAT mangsa yang ditemukan.

LAHAD DATU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu menemukan mayat seorang lelaki pekerja ladang yang hilang dikhuatiri dibaham buaya di Ladang Tabin Hap Seng, Jalan Temenggung dekat sini, kelmarin.

Pasukan yang melancarkan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) menemukan mayat mangsa jam 12.25 petang kira-kira 2 kilometer dari kawasannya memancing.

Pusat Gerakan Operasi Negeri dalam kenyataannya berkata, panggilan kecemasan mengenai kehilangan itu dilaporkan melalui talian balai pada Isnin jam 8.02 pagi.

Sepasukan yang disertai empat anggota diketuai Julkifli Harry dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti telah bergegas ke lokasi yang terletak 65 kilometer dari bomba.

Mangsa, warga Indonesia dikenali Rudy Gessa, 44, dilapor hilang selepas keluar memancing di tepi sungai pada Ahad jam 4 petang.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

Operasi ditamatkan pada jam 1 petang.

  • oleh
  • Advertisement