Anda di sini

Kassym-Jomart Tokayev kekal presiden Kazakhstan

Advertisement
 Tokayev menyampaikan amanatnya semasa pilihan raya presiden di Nur-Sultan, Kazakhstan kelmarin. — Gambar Reuters
KEKAL PRESIDEN: Tokayev menyampaikan amanatnya semasa pilihan raya presiden di Nur-Sultan, Kazakhstan kelmarin. — Gambar Reuters

NUR-SULTAN: Penyandang Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, telah meraih kemenangan dalam pilihan raya presiden negara itu kelmarin dengan memperoleh kira-kira 70 peratus undi, lapor agensi berita China Xinhua.

Pemberian suara eksit Institut Penyelidikan Pendapat Awam Kazakhstan menun-jukkan bahawa Tokayev mendahului dengan meraih sejumlah 70.13 peratus undi diikuti pesaingnya, Amirzhan Kosanov dari United National Patriotic Movement “Ult tagdyry” dengan 15.39 peratus undi.

Pengundian bermula pada jam 7 pagi waktu tempatan (0100 GMT) dan berakhir pada jam 9 malam (1500 GMT) pada hari yang sama.

Dalam sistem pengundian Kazakhstan, calon yang mendapat lebih 50 peratus undi akan dianggap telah dipilih.

Pada 19 Mac, bekas Presiden Nursultan Nazarbayev mengumumkan keputusannya untuk mengundurkan diri dan menamakan Toyakev sebagai pemimpin sementara.

Nazarbayev telah berkhidmat sebagai presiden Kazakhstan selama hampir tiga dekad sejak kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet pada 1991.

Tokayev, 66, seorang ahli politik dan diplomat Kazakhstan, mengangkat sumpah jawatan sehari selepas peng-umuman itu. — Bernama

Advertisement