Anda di sini

Program Pemantapan Budaya PAK-21 dijayakan di SK Sungai Selidap

Advertisement
 Penyelia Pembimbing Program Pemantapan Budaya PAK-21, Jacqueline Martin memantau program di SK Sungai Selidap.
PANTAU: Penyelia Pembimbing Program Pemantapan Budaya PAK-21, Jacqueline Martin memantau program di SK Sungai Selidap.

PESERTA kursus dari Kumpulan NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak menjayakan Program Pemantapan Budaya Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Selidap di Sibu, baru-baru ini.

Program bermula dari 8 April lalu dan berakhir pada 17 Mei.

Program Pemantapan Budaya PAK-21 adalah sebahagian daripada tuntutan Perantisan 2 yang harus dilaksanakan oleh pelatih Kumpulan NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019.

 Program Pemantapan Budaya PAK-21 adalah sebahagian daripada tuntutan Perantisan 2 yang harus dilaksanakan oleh pelatih Kumpulan NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019.
LATIHAN: Program Pemantapan Budaya PAK-21 adalah sebahagian daripada tuntutan Perantisan 2 yang harus dilaksanakan oleh pelatih Kumpulan NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019.

Antara pengisian program ialah Bengkel PAK-21, Kelas PAK-21, ‘Professional Learning Community’ (PLC) dan ‘Learning Walk’ yang akan mempersiapkan murid-murid sekolah dengan bentuk pembelajaran abad ke-21.

Program ini bertujuan melahirkan seorang pemimpin sekolah memenuhi kompotensi kepimpinan berwawasan serta mampu menerajui perubahan iaitu bijak membuat keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai masalah.

Di samping itu, program tersebut bertujuan mencemerlangkan organisasi dan menjadikan pelatih sebagai seorang yang berketerampilan tinggi.

Justeru, program itu mendapat kerjasama baik daripada warga sekolah SK Sungai Selidap diterajui Guru Besar Ali Bujang.

 Peserta kursus dari Kumpulan NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 bersama murid-murid yang mengikuti Kelas PAK-21.
KURSUS: Peserta kursus dari Kumpulan NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 bersama murid-murid yang mengikuti Kelas PAK-21.
  • oleh
  • Advertisement