Anda di sini

Ops Khas Pagar Laut diteruskan

Advertisement
PEMERIKSAAN Ops Khas Pagar Laut membabitkan feri dan bot laju laluan Menumbok-Labuan.
PEMERIKSAAN Ops Khas Pagar Laut membabitkan feri dan bot laju laluan Menumbok-Labuan.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini meneruskan penguatkuasaan terhadap feri dan bot laju Menumbok-Labuan.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, operasi itu bagi memastikan feri dan bot laju mematuhi had penumpang yang ditetapkan dalam Ops Khas Pagar Laut.

Katanya, ia juga bertujuan memastikan keselamatan penumpang yang pulang ke Labuan selain mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

"Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 103 pemeriksaan dijalankan dan kesemua bot mematuhi peraturan dan semua penumpang mempunyai pengenalan diri yang sah," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius aspek keselamatan perairan Labuan dan menyarankan orang ramai supaya bekerjasama dalam menyalurkan maklumat jenayah dan kecemasan di kawasan terbabit.

  • oleh
  • Advertisement